Didikkan Selepas Kelahiran
TIPS MENGHADAPI HARI PERTAMA KANAK-KANAK KE TADIKA ATAU TASKA
- Bawa anak ke tadika/taska sebelum sesi persekolahan bermula jika berpeluang.
- Ceritakan pada anak tentang alam persekolahan yang bakal dilaluinya.
- Bawa anak-anak bersama membeli alat tulis dan buku-buku.
- Biasakan anak dengan rutin harian yang bakal mereka lakukan sepanjang waktu persekolahan.
- Bacakan anak buku dan ceritakan padanya tentang aktiviti hari di tadika/taska dan beritahu ada kanak-kanak yang takut pada hari pertama persekolahannya.
- Terapkan dalam diri anak bahawa tadika/taska adalah tempat yang menyeronokkan.
- Sekiranya ingin meninggalkan anak di tadika/taska, beritahu dia dan terus tinggalkan. Jangan tipu anak mengatakan kita nak balik tapi sebaliknya kita masih disitu kerana khuatir anak akan ternampak dan menganggap kita menipu.
No comments:
Post a Comment