Sejarah & Latar Belakang Tadika

SEJARAH

Sejarah penubuhan tadika ini ialah, bermula dengan pengambilan tahun pertama iaitu pada 05 Januari 2011 adalah seramai 25 orang yang terdiri seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun. Sehingga penghujung tahun 2012 jumlah murid Tadika 1 Malaysian Kids telah pun mencecah seramai 56 orang. Peningkatan drastik ini adalah kerana sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap prestasi murid-murid yang mengikuti sesi persekolahan di Tadika 1 Malaysian Kids sebelum itu. Pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan pendidikan pra sekolah di Tadika 1 Malaysian Kids pada tahun-tahun akan datang.

LATAR  BELAKANG

Tadika 1 Malayasian Kids telah ditubuhkan pada 5 Januari  2011 oleh Abdul Muiz Bin Muhamad yang juga merupakan pengusaha tadika ini. Tadika ini terletak di Pulau Pinang  beralamat Taman Millenium no 20, Lorong Az-Zahrah,Nibomg Tebal, Pulau Pinang.  Kedudukan tadika ini yang berada dikawasan deretan perumahan  menjadikan tadika ini terkenal dikawasan tersebut.
             Tadika ini merupakan hak milik persendirian oleh En.Muiz yang dibantu oleh Pn. Norazila Binti Ismail. Terdapat  tiga orang guru yang menjadi tenaga pengajar di tadika ini dan dibantu oleh dua orang pembantu guru serta dua orang tukang masak. Kesemua guru di tadika ini sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tadika ini beroperasi bermula pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari untuk waktu belajar dan 12.30 tengahari hingga 5.00 petang untuk waktu transit..
            Tadika ini merupakan tadika yang mengamalkan sistem pendidikan yang terkini bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Tadika ini berkonsepkan penerapan nilai-nilai murni mengikut berpandukan kurikulum prasekolah iaitu belajar sambil bermain yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, kreatif dan berakhlak. Sesungguhnya anak yang seimbang melahirkan generasi yang cemerlang.Penubuhan tadika berasaskan konsep Kindergarten  adalah atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang mempunyai pendidikan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, akhlak dan agama, di samping tidak mengabaikan dari sudut rohani dan jasmani mereka.
           
Pelbagai aktiviti yang diterapkan tidak kira sama ada berbentuk ilmiah, kesenian, kecerdasan dan sebagainya atas tujuan melahirkan jiwa-jiwa yang kental dan bersemangat serta berpengetahuan luas. Sejajar dengan itu, harapan agar anak-anak yang terdidik di Tadika 1Malaysia Kids ini berjaya menjadi manusia yang cemerlang serta mampu menjadi anak yang bermanfaat kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.




No comments:

Post a Comment