Visi Misi & Objektif


MISI

Melahirkan murid yang berketrampilan, berakhlak mulia dan berkeyakinan diri untuk mencari ilmu pengetahuan demi masa depan yang cemerlang, gemilang serta terbilang tidak mengira kaum atau bangsa.
          VISI

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah.
Menerajui pendidikan pra sekolah  yang progresif, mampu dinikmati oleh semua masyarakat dan menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan pra sekolah.
Menyediakan pendidikan pra sekolah yang sistematik, berkualiti dan terkini menggunakan kaedah yang berkesan dan menarik untuk menyediakan kanak-kanak menjadi insan  yang cemerlang dalam pelbagai aspek.
         
        OBJEKTIF

Tadika 1malaysia kids mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai bagi melaksanakan visi dan misi tadika ini. Antara objektif Tadika 1Malaysia adalah :
           ·          Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang cemerlang.
           ·          Membentuk asas perkembangan ke tahap optimum dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani
           ·          Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan baik dan memperkembangakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi

No comments:

Post a Comment